Sebut sahaja tentang makanan Thai, pasti ramai yang akan teringatkan
aroma tomyam yang memikat selera dan juga masakan ikan stim yang enak .
Begitu juga dengan saya . Selari dengan kerjaya saya yang menuntut saya
ke luar Negara mengiringi pemain untuk ke kejohanan badminton telah
membuka peluang saya untuk mencuba pelbagai masakan luar . Namun begitu
citarasa saya lebih terarah kepada masakan-masakan yang pedas . Dan
akhirnya saya bertemu dengan Q Thai . Benar kata orang, hujan emas di
negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri
sendiri. Kelazatan sajian masakan yang menyediakan pelbagai pilihan
menjadikan Q Thai pilihan saya seisi keluarga. Gabungan rasa manis,
masam dan masin yang dilazatkan lagi dengan kepedasan daripada pelbagai
jenis cili dan rempah ratus. Cubalah dan nikmati sendiri. Pasti ianya
juga akan menjadi tempat pilihan anda sekeluarga.
No comments:
Post a Comment